Pages

Tuesday, 11 December 2012

Virus Mat Redo & S.M.A.T December Babies

Assalammualaikum..


Amboi amboi kau Leha...

Mentang-mentang lah boss cuti. Kau pun hapdate blog secara hatrick yer. Over kau noks! Noks? WTH!


Last Saturday jugaklah aku berjejak kasih dengan Mat Redo yang sekian lamanya tidak ketemu. Baru balik dari Vietnam katanye. Tak penah aku cite pasal Mat Redo ke kat sini? Aiseh.... Bukan kekasih lama mahupun lelaki idaman. Cuma seorang mat bangla, kawan dari zaman hingusan. Seangkatan dengan Nana, Kechik, dan Awan. Awan? Tak pernah gak aku cite pasal Awan kot. Ah! Semak la korang! Len kali ah.


Awan.Nana.Kechik. 


Kitorang berempat sebaya kenal since Form 2 ke Form 3 ntah. Hahaha. Maapkan aku. Memory full tak sempat nak format disc otak aku ni hal maka terlupa lah memori-memori lalu yang menggambarkan aku bukanlah sahabat sejati yang boleh dibelanja Tutti Fruti hari-hari. Eh? Macam pantun.


Tapi aku bukan nak cite pasal kitorang. Aku nak cite pasal virus baru yang Mat Redo bawak aritu. Tengah kitorang berjemaah makan lunch kat mamak tetiba Mat Redo muncul. Jumpa-jumpa aku je bukan nak terharu ke jerit-jerit eksaited ke nak tanya aku sihat ke tak. Yang ditanya...

"Kin, bak tepon kau. Aku ada menda cool. Meh aku donlotkan."(muka eksaited abis)

Aku pun macam... "Kau dah kenapa mintak-mintak tepon orang bagai nih. Ahh takyah takyah!!! Ko nak bukan-bukan kan? Takyah takyah!".

Mat Redo tak berputus asa... "Alaaaa. Bak la. Tak kena bayar ah!! Aku nak bagi kau duit nihh!". Terus amik phone aku tak tunggu persetujuan dah. Gigih pegi mintak Wifi password kat mamak pastu datang balik.


Aku mangsa pertama Mat Redo. Tetiba aku rasa macam dia buat MLM merepek. Atau ada konspirasi lain nak menjatuhkan martabat aku. "Hoi! Kalau aku dapat bil nanti SIAP KAU dho!!!!"  Mat Redo... kau bising ar camne pun tetap buat muka "ada-aku-kesah" dia. Rupanya dia download mendalah Phewtick tu. Logo kucing comel kaler biru yang aku tak pasti hapekejadahnye yang menarik sangatnya benda ni. Semua jemaah lunch time tu macam tak pedulikan Mat Redo. Muka macam dalam kepala masing2 masa tu... "Ahhh....ape lagi la bisnes bangla ni buat kali ni". Siap download dalam fon aku dia pun main scan-scan. Pastu... "Nah! ko dah ada sejuta dalam akaun. Terimakasih kat aku sekarang!" 


Dah settle aku beliau pun buat tawaf kat table dan collect semua smartphones yang ada ibarat mengutip hutang betting kalah menang bola. Najib dengan Botak terselamat dari virus sebab diorang pakai public phone. Yang aku tak pahamnya, tak pulak dia bagitau function menda tu. Yang dia buat paksa-paksa orang bagi phone. "Wei judi ke ape nih? Kuat kau berjudi kan sekarang Redo!" Kataku dengan prejudisnya sebab beliau tak pedulikan aku tanya apekah menda haram jadah itu Phewtick.


Inilah bendanya virus yang melanda SMAT dalam sekelip mata hasil marketing tanpa henti Mat Redo. Tetiba hari tu semua orang jadi addicted.






Konsepnya macam "Kau Jumpa Orang Kau Dapat Duit". Errr...macam MLM je bunyi. Tapi bukan la kot. Application tu akan provide QR code untuk kau scan member2 yang kau jumpa to gain points. Oh! Beri Hitam tak support application ini. Points yang dapat pun depends on luck. Pastu cash tu redeem kat Paypal. Setakat hari tu dapatlah aku 10 hengget. Hmmm....... aku pun tak paham la mainan teknologi sekarang ni free2 nak kasi orang duit. Scan tu takleh juta-juta kali dalam satu masa. Lepas sejam je baru boleh scan member yang sama.  Ha...ni yang kelakar.... Bila sampai kat rumah, every one hour past, yang terjadi ialah ini.....


"Woi dah sejam scan scan cepat woi!" 
"Cis!! Dapat 3 point je?" 
"Woohoooo!! Aku dapat 600 point woi!"
"KAYA...KAYAAA!!!" 

*peluh menitik*

Pembawa virus ialah yang kat tengah-tengah baju putih. Mat Redo.
Yang macam buat-buat tak peduli pastu bizi makan pakai tudung biru tu pengguna Beri Hitam. Hihihi...Tapi selepas Mat Redo blah. Fenomena Phewtick pun blah bersama-sama angin lalu. Takde yang peduli dah.


Malam tu ada birthday celebration untuk Juna. 9th Dec baby. Event party liar outdoor yang di plan pada awalnya bertukar menjadi indoor je atas sebab-sebab gagal dikenalpasti. Berasap-asap kau tau Jah dalam rumah malam tu kesnya bantai grill kambing indoor. Duhh.... Tadehal. Janji sodap dan laku! But then ada 3 orang lagi yang celebrate birthday in December, so mereka pun buat group celebration for December babies...Auuwwww soo sweettt. Cam comel-comel je celebrate2 birthday ni kan? So yang celebrate malam tu Juna, Amir, aku dan si Botak.



Ni choc cake yang Ummu buat. Ada choc. Ada strawberries. Ada grapes. Ada cheese cream. Arghhh!!! Sedap gilahhh!!! Marvelous!! Mantap!!! Wallah! Seriously sangat sedap sedap sedap! *cakap sedap banyak kali supaya Ummu bagi aku kek free di lain hari.* Hohoho! Ummu terer makan dan terer buat kek. Sape nak tempah kasitau je. SINI. Aku jamin memang sedap. *aku promot* Susah tau aku nak puji. Eheh! Nak tau mana kedai makan sedap seantero Melesia pun boleh tanya beliau. Ummu malu-malu orang puji malam tu. Alolololo.. Comel! 


Juna dan Botak. Amir takde. Datang lambat sikit.
Ok good. Botak buat muka senonoh sikit. 


The Gang 








Feeling so family-hood. Gather makan-makan. Gelak-gelak. Bahan membahan. Makanan sangat banyak sampai perut aku bloating. Lepas makan layan gambar pegi Kemensah. Maka berlakulah insiden yang paling aku takuti iaitu kebocoran video tarian bangang lakonan Pak Wad dan jurukameranya Ateng. Takpe-takpe, aku masih bersabar dengan kalian. Ada lori ada bas ye. Aku dah suruh hapuskan tapi tak berlaku rupanya. Pakwad, beruk makyeh lagi hensem dari kau kalau menari camtu!!! Nasib baik aku kawan yang sporting. HUH!


Paling takleh blah malam tu aku request Pakwad bukak lagu puja kuntilanak Lingsir Wengi yang dia duk gembar gemburkan tuh. Seram dowh. Aku tutup telinga tak berani nak dengar pun. Meremang tapi buat-buat cool. Hahaha! =p


Hari Ahad pegi OU buang masa. Aku dengan jeans dan baju tido belang-belang dan selipar jepun. Oh sungguh tak bergaya sekali. Pusing-pusing sesat dalam OU. Makan-makan. Balik tengok bola kat umah. Bergegor!!





Biasa je. Tak sedap giler pun Teppanyaki kat sini. Suka tengok tangan dia masak je. =p


Balik rumah makan nasi kukus pulak. Keje maaaaakan je aku lah kalau lepak dengan diorang ni. Masa makan walaupun 3 kali sehari tapi macam 5 kali sehari aku rasa bila dengan bebudak ini. 


Balik tu sesat mencari LRT Pandan Indah yang rupanya depan batang idung je. Semua angkara nak jemput mak datin Nurul Izatu Ikhma anak makcik Besoh. Penat gila. Hectic weekend again. Minggu ni nak rest tengok dinding je. Dinding umah aku mesti rindu kat aku. Eh.


Penat. Letih gilak.


Tapi tanpa kepenatan ini mesti aku lagi penat memikirkan benda-benda yang tak sepatutnya dalam fikiran aku. Yang sepatutnya dibuang jauh. Hari-hari kosong aku sekarang occupied dengan menda-menda yang aku suka buat. Yang lama aku tinggalkan. Heh...tinggalkan kawan-kawan yang cool sebegini dan menda-menda cool dihati kita yang kita suka buat demi untuk kejar orang yang kita suka memang tak cool beb. Tak cool. Terasa hampeh. Sikit. *menyeka air mata penyesalan*



Yeah. I'm happy with my life now. I think... Hopefully I am. Alhamdulillah. Everything was super fun, most importantly in right manners, since "that" been gone. Alhamdulillah.  Manisnya hikmah Allah beri.... =)


Next planned trip is we're heading to Taman Negara, Jerantut during Xmas holiday. InsyaAllah. Oh! Nature again, here we come!!! ^_^



Till then. Bai! Assalammualaikum.


.



Funny Quotes, Funny Quotes, Funny Sayings

2 comments:

  1. Mat Redo yg mane satu..sure cute kan perangai die

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, mmg cute sangat rasa nak lempang tiap2 kali tengok. (-_-")

      Delete