Assalammualaikum... =D
Lately aku selalu sangat habiskan masa dengan budak-budak yang kepala masuk air ni. Dan rasanya macam aku kena buat other blog yang update pasal SMAT activities je. Woo Woo WOOOO... Cam cooooooool an an? (I'm working on this guys. Pasni kat situ jela nak tayang muka-muka cool korang. ^_^ )
Keep busy is one of the way to distract or divert your brain thought from keep thinking of your f*cking heartache especially during f*cking PMS. Erghhh!!! Otak haruslah memproses perkara-perkara yang menyihatkan sahaja ye kawan-kawan. Apekaumerepekni shaitooon? Syikin, kenapa suka mencarut ni? Takbaik takbaik. Istigfar... *lempang muka*
Another hectic weekends. Tidak menghadap dinding minggu ini (Terms yang digunapakai apabila aku tidak beraktiviti di hujung minggu). Tema minggu ini air terjun Sofea Jane. Kenapa Sofea Jane? Bukan Neelofa? Sebab aku tak suka Neelofa dan takde air terjun nama dia. Wahahaha! Alah...kitorang pegi waterfall kat Kemensah belakang Zoo Negara tu je pun. Nak over sikit aku letak la Waterfall Sofea Jane sebab beliau pernah berlakon citer hape tah hah Pakwad cakap kat aku. Tempat tu pun glemer nama tu.
Nama betul dia Air Terjun Kubang Gajah. Berapa tingkat aku tak tau. Tapi yang kitorang pegi tu lower part je rasanya. Ada lagi kat atas. Aku tak kaji. Yang aku tau aku nak gi waterfall woi. Waterfall kat KL woi woi! Jakun baru dapat sampai. Aku taknak citer yang aku dengan Noi dah lambat pagi tu membuatkan hero-hero malaya stress menunggu tepi jalan. Ateng cakap pukul 7am tapi kitorang ragu-ragu. Kami sampai dekat kul 10am. Berakar bontot dak-dak tu menunggu. Tu lah Ateng, kau pernah dengar tak cite Budak Pengembala Kambing. Sebijik cam kau tau tak. Eh. Tercerita pulak.
Mangsa-mangsa. Drama sangat sampai terbaring.
Hishhhh. Nak rilek-rilek main air pun takleh. Kena gak trekking dulu sekilo dua. Sekilo macam tiga empat lapan kilo je aku rasa. Berselut bagai lak tuh. Sebab lalu trek ATV. Tapi tak mengapa janji trek bukan macam GBB (Bond to nature la sangat kat tak abis-abis mengomel). Gila cooolll aku tengok orang men mendalah ATV tu. Tapi bila Amir tanya dengan meksaitednye, "Ateng! Bila nak main tu?Bila nak main tu?!!" Ateng bagitahu dengan gaya seorang organizer terulung... "Kawan-kawan sekalian, permainan tersebut melibatkan kos yang tinggi. Adekah kawan-kawan tahu bahawa sebijik mainan berenjin dan bertayar empat itu adelah RM150 sebijik untuk boleh dibawak main? So... kita rancang lain kali. Kbai!" *terus berlari-lari anak meneruskan perjalanan*
Antara trek-trek yang dilalui. Ini kering punya. Lecah punya takdak gambar. Bai!
Peluh tiyak gak ar berjalan. Berselut bagai. Tapi yang best boleh gosip tanpa rasa mengah dengan Anuar sebab jalan banyak mendatar je. Berlagak je Noi cakap "Ceh! Kalau trek camni kasi 5 pun tak kesah!" Buahaha!
Aku, Nuar ngan Nonoi gosip gosip gosip pot pet pot pet pot pet. eh? Dah sampai dah? Jalan laju-laju sebab lapar.
Disebabkan eksaited mega Ateng pun buat tarian Angsa berkepak. Eerrr....
Anuar kata kalau pakai kayu masa hiking save 15% energy. Sebab tu aku ngan dia pegang kayu. =P

Budak ni namanya Botak. Tapi ada rambut. Katenye pakai rambut palesu. Aku tak puas hati. Aku tarik rambut dia kat OU semalam tapi tak tertanggal dan beliau menjerit2 sakit. Maknanya aku ditipu lagi. Lagi kuat aku tarik. Muka aku senang kena tipu ke? Kuaja!
Maka dengan ini bermula lah aktiviti kanak-kanak riang bermain air. Yang takbestnye aku takleh nak riang gembira sebab red flag tapi lenjun gak kena siram. Yang bestnya time kitorang sampai that place totally ours! So berjimba bomba ar. Takde makhluk lain melainkan kami, pacat dan ikan (ni Anuar cakap sebab dia sorang je yang claim kaki dia kena gigit ikan). Pacat pulak Najib kena lagi kat kaki pehtu bapak la segala degil tahap shaitonnirojim pacat tu taknak melepaskan kaki Pak Jib sampai kena bakar baru lepas. Sekali lagi aku tak paham binatang pacat ini apehal kawasan larangan wadehel itu lagi kau nak pegi. Very bad taste. Very bad taste you leech!
Korang nak aku hantarkan gambar ni kat majalah Mangga tak? Ngehehehe...
*motif ko tangan kat perut kenapa teng?*
Dah abis menggelupur jumpe waterfall ibarat monyet dapat bunga tahu pulak erti lapar kan. Aku ada buat sandwich pastu Nonoi belanja Nasik Lemak. Zap zup zap zup zup zuffff. Ngap ngap ngap. Sekejap licin terjun dalam air balik. Dasat.
Najib tolong eksesais lepas ni. Spare tyre kau sexy sangat. Pastu jangan lupa pegi Yun Nam Hair Care.
Dah kenyang sambung aktiviti terjunan gaya bebas bergilir-gilir. Huh. Sungguh jeles aku melihat keadaan ini. Kalau tak aku pun nak terjun gaya Patrick The Starfish (terjun perut dulu). Muehehehe... Nescaya kering kolam itu.
Itu sape hah? Amir ngan Ateng ke? Peristiwa terlalu laju tak sempat nak ingat.
"Sap kok luuu" - Kate Cine
Ini je menda paling hebat aku boleh buat hari itu selain rendam kaki dalam air yang sejuk gila babeng itu separas lutut dan usha Sham katang tukar baju kat belakang aku. Eh? Hahahaha! =p
Ateng cakap aku masuk hutan pakai baju macam nak gi mall tapi pegi mall macam nak masuk hutan. Hello Ateng. Read here. I'm bond to nature so I appreciate nature first. Muahaha. Padahal baju tido je yang aku bawak kau tahu tak?!! Kalau cakap nak gi mall aku bawak dress-dress aku bagai pehtu high heels 5 inci. Bluekkk!
Dah beku dah menggeletar kecut-kecut sengsorang. Silalah pulang ke pangkal jalan. Sebelum tu acara wajib...
Aku suka gambar korang yang ni. Korang cam comel sangat. Anyonyonyonyo...!!!
Makan kuaci berjemaah.
Uhuk!!
Macam takde drama sangat kat trip kali ni. Sape cakap takde? Sape? Adaaaaa.... Kali ni Juna buat drama. Pasal rimau! Masa kitorang OTW keluar tu ada la abang guide bawak ATV tegur. "Ada nampak rimau tak?" Time tu gelak je ar an an an... "Ahaha..pandai la bergurau abang ni. Good sense of humor sangat taw! I loikeeee..." Pastu dah jalan jalan tetiba terjumpa tapak something. Erk? Ohoii! Ada few la kan. Pastu Anuar dengan bersungguh tunjuk "Yang nih yang nih weh ada kuku siap" Eiiii... Pak Belang weh Pak Belang!!! Habisla kitaaaa kalau dia muncullll!!!Awwww!!" (jerit sambil angkat ke udara). Masa tu semua macam percaya. Sunyi kejap. Leka amik gambar tapak yang kengkunun rimau lah sangat. Siap buat research dan kira-kira perah otak kalau tapak rimau ada 4 ke 5 lubang. Adeiii...takut la jugak kalau betul-betul ada kan.
Rimau la sangat. Deng!!
Apa yang drama? Masa tu Juna kat depan sekali kot. Semua orang leka tengok tapak "Rimau" ni Juna yang depan sekali teruskan jalan tetiba menjerit keluar suara jantan penuh drama. "Warggghhhh!!!!Ape tuhhhh!!!!!!????". Terkujat beruk aku yang belakang dia tinggal nak lari tak cukup tanah je. Aku ingat nampak rimau la kan. Tapi aku tengok-tengok kaler itam. Besar woooo!! Masing-masing dah undur standby nak lari. Tengok-tengok lagi rupanya..............
Mat saleh ni selamba badak lepas anjing dia jalan dulu rupanya. Bikin heart attack la lu babe. Dah la besar. Najis mugholazah pula ittew! Kalau tak rimau kitorang ingat serigala tahu tak??? Tahu tak sudden heart attack tu boleh membawa maut!!!?? Kalau kena gigit kang kitorang jadi serigala jadian camne??? Huh!
Lega.....
Marilah pulang dengan riang.
Aku jeles diorang berdiri belakang tuh tapi aku kena drive. huh! Balik tu sesi cuci kaki tepi sungai kejap. Macam tengah basuh kain berjemaah di gigi air. Atau lebih tepat lagi ada gaya melombong bijih. Ehehehe....
Ateng macam ada kat Korea / Jepun.
Kain pelikat????
Masa ni perbincangan ape yang tengah berlangsung aku tak sempat catch up. Katenye nak beli tanah rege sejuta pastu buat umoh beso duduk ramai-ramai. Ushhh.. kaya kaya.
Balik. Aku tak gembira sangat sebab tak puas ati tak dapat berendam. Pegi NSK. Beli barang untuk malam punya event. Celebrate birthday Juna sekaligus dengan all December babies in our group. Ohhhh so sweet. Comel la korang. Anyonyonyonyooooo.... Later aku update. Kek Ummu SEDAP!!!
~Bayangkan Sofea Jane~
tengah mandi
Till then.
.



































































No comments:
Post a Comment