Assalamualaikum awak awak yang comel macam saya.... *grin*
Hoyeahhh. Arini boss takde. So bermaharajalela lah aku dengan bateri penuh kuasa kuda kat jejari menaip dengan gelojohnya.
Mukadimah takyah pepanjang. Takde yang nak baca pun aku tau. So today anak-anak sekalian aku nak sambung part GBB semalam (baca sini) yang tergendala. AWAS! ENTRI INI MEMANG PENUH DENGAN GAMBAR SELAIN SIKIT2 JE BEBELAN TAK MUNASABAH AKU.
*******
We started to the GBB entrance around 10.45 in the morning. Diketahui ada 2 entrance untuk GBB ni tapi kitorang masuk ikut belakang kebun sayur milik apek mana aku pun tak sempat nak temuramah nak ambik gambar beliau bagi dimasukkan kedalam belog gah gua ini. *motip?* Ekceli ada another entrance yang mana takyah susah payah nak hike up dari kebun tu but rasanya jalan tu dah permanently blocked atas sebab berhantu yang mungkin akan mengigit mana-mana hikers yang melaluinya. OK aku tipu! Aku taktau pun.
Masih dengan batery dan energy yang full tambahan pula dengan hidung kembang kempis memasing penuh keterujaaan. Kami terpaksa berjalan melalui kebun sayur-sayuran sebelum kami bermula dengan pendakian pertama. Amacam ayat aku? SPM A1 ni for Bahasa. Pehh...nak daki slopes untuk sampai first checkpoint sebelum betul2 mendaki naik GBB pun dah nak terkincit bro. Aku nak amik few pictures pun dah Parkinson tangan-tangan ni hah. *Over kan ayat aku padehal tak susah mane pun*
kan Parkinson tuh. Tapecayekansaya pulak.
Boleh sengih lagikkk... Kalu tergolek tu memang sekarang kat sepital.
Pantang nampak kamera. Mesti masing-masing nak tayang muka cool padahal mengah tak hengat!
the typical slopes yang korang akan jumpa bila daki GBB. Ada yang lagi tinggi & curam tapi takde la sempat aku nak amik gambo pulak masa tengah meredah "neraka" nih. Mau kena sepak bontot ngan orang belakang.
Pak Wad dah menunjukkan posing tanda2 penyesalan di awal pendakian.
Ada mamat tu siap muntah-muntah ibarat perempuan diawal pregnancy . Euwwwww. Dipahamkan beliau telah mengambil roti canai bersama kuah dal kari yang enak rasanya di pagi indah tersebut. Maka dengan itu inilah hasilnya apabila perut beliau tidak mahu bekerjasama dengan GBB. Godbless Amir!
Mangsa *yekk*

Setelah mengharungi cerun curam pacak tahap Ultromen Taro we all finally burst out of the foliage onto an old tarred road. Masa ni gila heaven perasaan berbunga-bunga riang boleh rilek kejap minum teh secahwan. Eh! Take five dah jadi take half an hour sementara nak gather semula semua orang. Masa ni baju dah banjir. Segala celah berpeluh-peluh. Serius jeles aku tengok diorang boleh bukak baju. HUH! Air kena catu sebab perjalanan gila bapak segala jauh lagik. Nasib baik aku ada 100plus lagi dalam beg aku yang Aswad kata BEG MEKAP AKU LAH SANGAT!
Sesi menelan cekelet dan candies for energy. Fuh. Inilah makannya kalau malas bersukan. Belum pape pancit. Nasib tak pengsan drama bagai.
Lepak kejap kat jalan Genting lama ni. Jalan ni dah totally closed dan tidak boleh diakses walaupun oleh 4WD. Tak guna betul siapa yang tutup jalan nih. Menyusahkan aku je. Kau ingat tak penat ke nak panjat-panjat hah? Kau ni memangla mementingkan diri sendiri tau tak? Tak fikirkan remaja-remaja harapan bangsa masa hadapan macam kami nak jugak jengjalan kat sini. Ape la! Ape la! *&%^%$%@$. Tengok lah wajah mereka-mereka itu. Tak kesian ke kepenatan! HUH!
Pancit. pancit. Terkangkang-kangkang kau hah!
Zuna Babu masih sempat bermeditasi agar kekal beriman sepanjang perjalanan. =p
Sengih lagi kau orang ye... nasib baik aku takde gambar muka ketat masing-masing.
Abis teh secahwan kami pun gerak lagi. Expected untuk reach satu point for masak lunch at 1pm or 2pm then baru sambung daki to the top. Penyesalan belum hadir dalam jiwa masing-masing ketika ini. Hujan pun belum lagi ma....The adventure yet to start bebeh. Haaaa......
So we started to walk again through the old Genting road. Jalan tinggal. On and off nampak la batu2 construction kat sini. Jalan makin buruk, makin menakutkan, makin sejuk like huhuhuhuhuhuhu kat depan ada mak lampir.*motip?* Jalan biasa je tapi mendaki. Mengah ar masing-masing. Jalan lama yang spooky ittew membawa kami kepada denai yang lagi kecik. Semak-semak samun yang dipenuhi dengan pacat-pacat comel dengan "antena" masing-masing tunggu nak hinggap je kat badan kau Lijah. Dengan jalannya yang basah. Gerimis mengundang. Ombak Rindu. Adam Hawa mood. Eh.
Mengah-mengah. Ummu sentiasa dipenuhi tenaga kuasa bulan bila berdepan dengan camera.
Pacat heaven.
Habis meredah onak dan duri. Tersayat-sayat baju dan daging belaka. Mengeluarkan samurai dan pepper spray berperang bagai dengan Cik Pacat kemudiannya membawa kami kat satu view spot yang sangat breathtaking. Saujana mata memandang. Subhanallah. Kamera cabuk so tak nampak lawa.
Opkos la upacara amik gambar secara berjemaah kat sini kan. Apa guna berpenat lelah kalau tak amik gambar dan show off kepada pembaca-pembaca sekali alam semesta. Bukan orang bumi namanya tu. Bukan dari galaksi Bima Sakti lah tu. Bukan bukan bukan.
Time ni masih bersemangat masing-masing. Almaklum la belum ketemu lagi dengan pintu "neraka" kann. Bersih lagi time ni. Fiona boleh pkai sunglass lagi. Key masih sengih nampak gigi. Semua masih dengan senyuman menawan.
Najib kalau berlakon nombor 1. Ntah apa yang ditunjuknya ntah. Poyo.
♫♪♫ ...Indah sungguh panoramaaa... ♫♪♫
Motip Ateng? ~Lihatlah doniaaaa~
Sementelah itu ramai-ramai duduk buat leech the bloodsucker inspection kat badan memasing. Aku kena masa first naik tadi sekor. Kat tangan. Kuajaq. Seluar aku pun sebenarnya dah berdarah tapi aku tak berani nak bukak. Eeeeee....
Settel pacat punya kes. Teruskan perjalanan. Jalan dan jalan dan jalan dan jalan baru la jumpa the "real" entrance end of the road. Lalu bahawasanya jalan dan jalan bertukar kepada panjat dan panjat dan daki dan sakit jantung dan heart attack sebab route yang licin. Musnah punah kasut aku!
Budak botak ni tak abis-abis nak enteprem.
Naik turun naik turun macam tu jelah trek dia kau tahu! Nak putus urat kentot. Dengan trek yang macam seribu tahun ditinggalkan Dengan beg masing-masing gabak macam nak pegi bercuti berbulan madu ke Paris 7 hari 8 malam. Kau tau apekah jenis penyeksaan itu apabila naik bukit yang trek dia hardcore macam ni? Separa penyesalan telah hadir dalam jiwa aku ketika itu. Terdetik apekah dosa aku sehingga trek ini kejam sebegini rupaaa...... (-_-")
Selesai penyeksaan minor ini. Minor ok. Ini baru minor. We'd stop to take 5 a lot. So banyak delay untuk sampai puncak. Sebab ramai yang pakai enjin kancil je. Hahahaha! Lagipun mungkin sebab muatan lebih memandangkan kitorang bermalam kat peak so beg gabak-gabak perlu dibawak oleh abang-abang katang terpilih. *aku cover ni aku cover* Lebih kurang dekat pukul 2 kalau aku tak silap kitorang sampai kat satu spot untuk lunch sebelum teruskan perjalanan. Aku macam whatta hell?? Ada kat blog tulis 3 jam dah boleh sampai puncak macam penipuan yang sangat berprofil tinggi. I cannot brain this!! Mereka bukan manusia! *Eleh...beg diorang kecik berlenggang kangkung boley laaa. Aku pun boleh mendaki dengan kelajuan cahaya kalau gitu.*
Yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan ialah Masta Chep Najib. Menu tengah ari dalam hujan tu ialah Nasik, Sayur Campur, Ayam Goreng Berempah, Telur Masin. HAH kau! Ayam dah goreng siap2 kat rumah dah. Menu kemain. Kat rumah pun aku malas nak masak sebegini rupa. Maggi di dalam hutan bagaikan tidak relevan untuk skuat SMAT. Wakaka. Demand sangat kannn. Perut masa ni menyanyi tak hengat punya. Menu dah dasyat patut la beg bapak besar bontot memasing pun berat nak sampai puncak.
Diorang bizi masak aku bizi settlekan pacat kat kaki aku. Hishhh degil bebenor. Apeke sedap sangat darah akunye?
It's raining. It's raining. Aku totally mandi hujan berserah kepada takdir je sebab takde poncho. Sebelum gerak kira bilangan air dulu memandangkan water point gagal dikenalpasti sama ada confirm ada atau pun tak kat depan nanti. Masa ni baru aku tau Cis! Rupa-rupanya ramai yang ada air. Bapak segala dahaga bila diorang catu air sebab takut tak jumpa water point lalu kami mati kekeringan beramai-ramai. So separuh air disorokkan kat sini untuk kegunaan perjalanan pulang.
"Macam mana kalau ada orang curi air kitaaaa??" Habislah nanti!!!" *punya takut takde air*
"Ala...sorok dalam lubang kat situ. Tepi tu situ!"
"Hah! Sorok la dalam lubang sangat. Aku rasa lubang tu terus ke pusat bumi je tu. Langsung telan air liur takde air!"
"Ahhh! Simpan je memana sorok2 sikit!"
Aku tak pasti siapa punya conversation kat atas ni sebab aku tengah risaukan bateri fon aku dah nak empty. Bunyi lebih kurang camtu ar perbualannya sambil aku over2 ubah sket. Hahaha! Aku pasang telinga jelah. Bila ingat balik nak tergelak aku pasal takut air kena curi tu.
Time to move. Banyak lagi halangan pancaroba donia yang harus ditempuhi. Perut kenyang sudah. Marilah teruskan pendakian bersama-sama lagi. Maka dengan itu..kedasyatan yang sebenar bermula dan berterusan hingga ke puncak. Tapi Alhamdulillah...18 kami masih riang walau otot2 badan ibarat dah mintak nyawa! ^_^
♫♪♫....Inilahhh barisan kitaaaa...♫♪♫
To be continued...again. Haha! Last last!
.




































No comments:
Post a Comment