Pages

Friday 30 November 2012

Berbasikal Dihujung Minggu Itu Cool Tahu?

Assalamualaikum warga Malaysia!


Cik Ekin & Basikal


Basikal. Aku tak ingat bila kali terakhir aku bawak basikal. 5 tahun lepas? 10 tahun lepas?

Dan last Friday pakcik Ateng mengemukakan usul menjemput budak-budak cool seantero Bima Sakti untuk pegi bike ride kat Putrajaya Challenge Park ari Sabtu. So aku apelagi memang kaki menyibuk dan haruslah mengikut. Tapi mereka-mereka ini masing-masing ade beskal hebat. Aku belum ade. Aku sedih.  



But then Kechik tetiba mengemukakan usul baru yang bisa mendatangkan kejengkelan aku. Nak pegi ride kat Kiara. Kalau kat Kiara mana boleh rent beskal wei. Kat PCP ade la wei. Ape ni wei? Ape ni wei!!! Tak syok ar wei korang je boleh berjimba mamba. Aku merajuk ah! Tapi Ateng sungguh berhati mulia, beliau decided we ols to ride kat PCP je bebeh since aku takde beskal dan mahu join. Oh shooo shweett of you Mr. Ateng. Blueekkk~~~ kat Kechik! Untuk tidak mengecewakan Kechik beliau juga janji kat Kechik nak gi ride gak ari Ahad sebab Kechik nangis-nangis. Oh shooo shweeetttt. Kan? *mention Ateng sweet banyak2 kali supaya beliau tak lupa ajak aku setiap kali nak gi buat xtvt atau belanja aku pegi makan durian*




Sekali hujan la pulokkk pagi Sabtu tu. Pilu sungguh rasanya bila harapan nak men basikal menjadi layu. Ateng yang sweet *muntah* pun call pagi tu bagitahu "Janganlah Ikin bersedih dan berhati pilu, kalau tak dapat men beskal kita pegi wall climbing hokey bebeh!!" Eheh. Terover pulak. Padahal dia call nak check aku dah mandi ke belum pastu suh datang Manjalara dulu. Tapi pasal wall climbing kalau ujan tu betul arrr. Aku over sikit2 je. Nyehh.


Sampai Kepong pukul 9 lebih, diorang tengah godek2 beskal masing2 muka toya pagi2. PAGI ok PAGI. Ateng cakap PAGI ok. Time aku sampai masih consider pagi. Aku pun ajak Noi sekali pas Pakwad suruh alang-alang Noi duduk Putrajaya. *sangat mengingati kawan2 sungguh ini manusia. Shooo shweettt.* Noi roger OK aku pun dengan confident bagitau dia lagi sejam budak-budak ohsem akan sampai pikap dia kat office. Time tu kul 10 PAGI. Gigih sungguh bekerja dihari minggu. Shabaz bete.




Buruh-buruh menyusun basikal. Masih PAGI. 


Susun punya susun tunggu punya tunggu Ateng pi naik umah dengan anak ikan baru dia . Nak tuko baju katenye, tak kunjung tiba. Ape dibuat entah lama benor. *Nuar dah start spread gossip dia. Budak ni memang kaki gossip! Kalah Kiah Propa wei! HAHAHA!* Tapi kitorang amik konsep apa yang dicakapkan oleh Nuar "Dengar boleh percaya jangan. Kalo percaya boleh rosak akhlak atau major brain damage." Since lama sangat, kitorang (Timun, Nuar, Fiona, aku) gerak dulu dengan kete Timun. Awkward gila aku duduk belakang bila nguping (pasang telinga) "perbincangan orang dewasa" Timun dengan Anuar. Serius awkward. Hahaha. Dah besar dah korang. Eh.


Pukul 11 hokey! Dasar janji budak-budak ni memang payah nak dipercayai. Hujan masih renyai-renyai. Baru je gerak aku dapat sms Noi. Kau tahu tak Noi marah aku kau tahu tak??!!!




Eheh. Tak marah pun. Tapi aku laju-laju salahkan Ateng. BAHAHAHAHA! Terasa keji pula.

Sampai pukul 12 lebih. Matahari dah terpacak atas kepala panas gila wei duniaaa. Baru nak start ride. Dah tu baru pegi beli air la. AJK yang pegi beli air pun bapak la lama bercinta nak sampai air. Memandangkan aku, Noi dan Ummu takde bike. So, we rent it at PCP for RM 20/bike. Mountain bike price. Plus RM3 for that cracked helmet. Duh! Nevamind! And oh! Plus RM50 deposit. Just for info in case you all berminat nak pegi ride kan. Awal-awal abang kat situ dah warned since tengok kitorang pompuan, "Adik-adik comel, ada 3 track (hijau, merah, hitam) untuk off-road punya ride ye adik-adik. TAPI AWASSS!!! Pilihlah trek yang bertanda warna hijau sahaja. Kalau adik-adik comel tersaloh masuk kaler lain, nescaya ke neraka seperti GBB." Eh. Tau pulak abang ni pasal GBB?  


Hey ho LETS GO!







Sape tah cakap, "Cepat kin kau nak masuk blog kan? Amik basikal Ateng yang mahal dan baru itu untuk bergaya. Baru cool." Aku menyambutnya dengan... "Wahahaha! Kau memang genius. Tahu apa dalam kepala aku." So yes, itu adelah basikal Ateng yang dipinjam. 
























Abang kiri = Timun : Cergas di awal kayuhan. Pancit mega dihujung kayuhan. Demam katenya. Pagi makan nasik lemak.

Abang kanan = Amir : Kali ini lebih berhati-hati hanya dengan makan roti Gardenia pagi itu. Ateng jua telah warned beliau kalau nak follow makan cekelat saje. NANTI KANG MUNTAHHH! *peristiwa GBB*



Anyonyonyo..sooo shweettt. Tolong menolong amalan mulia. Noi masa ni dah mendedahkan tujuan beliau menolong tuang air tersebut dengan berkata. "Agak-agak cukup tak untuk dua orang?" AHAHAHA! Keji. Ada niat lain rupanya sebab beliau tak bawak botol air mahupun beg. Takkan nak kelek lak botol 100plus gabak tu sambil kayuh kan. Maka.... itulah. Aku pun tambah "Kasi cukup untuk 3 orang Noii!!" =p







Tak cukup korum. Yang lain-lainnya bekerja untuk menyara anak bini dan ada hal lain. Kesian. 





Terkulat-kulat kau ha aku ngan Noi belajar nak tukar speed every time naik turun bukit. Cis...sungguh mencabar minda. Time turun bukit heaven ar kemain laju. Sekali nak naik baik aiyak aiyak aiyak macam nak terundur kembali sebab salah speed. Kat atas ni gambar-gambar sebelum masuk entrance trek off road tu. Ride pun mendaki huh heh huh heh gak ar semput.



Ok...ini permulaannya. Permulaan yang tak best. Bukit yang tak la tinggi tapi bila kau kat atas basikal yang seat dia abang tadik tu dah set tinggi untuk senang ride bukit, perasaanya memang tak best! Bangang gila bila aku nyaris masuk semak!!! Gayat siot. Aku takut beskal aku terbalik kedepan dan aku tersungkur. Sungguh tak bergaya. Tidak! Ateng dengan Amir lead turun dulu sebab nak duduk kat dalam lubang tuh. Amik gambar. HAHAHA! Korang kannn memang la...nasib baik takde gambar atau video memalukan aku. Kalau ada pun memang tak ar aku nak masuk sini.





Fiona memang steady. Respect! Ngehehe...




Muka aku tak cool. So aku tunjuk kaki punya je. Wakakaka! Menggunakan kuasa tuan blog sepenuhnya.







Diorang boleh kayuh lagi kat trek dalam utan yang mendaki dan berliku-liku *eceh* ini. Aku, Ummu, dan Noi dengan setia mengheret basikal sahaja sampai trek mendatar. Trek dia pun kalau kau memang dasar balance FAIL memang berpotensi la nak terjun gaung kat belah kanan. Sekian.





Lepas je daki- daki tu sampai kat jalan mendatar aku laju je blah kehadapan sebab nak abis cecepat. Muahaha.


Saje je kau kan Anuar amik gambar ini untuk membuatkan aku nampak berperangai keji meninggalkan kawan-kawan dibelakang.


Sampai kat one point tu seriously aku dah start pening dan duniaku kelam. Risau je pengsan nanti jatuh ar kredibiliti aku pengsan pasal bike riding. Bukan risaukan kesihatan tapi risaukan fakta yang bakal berlaku dimana sepanjang hayat aku akan kena bahan dengan budak-budak ni kalau aku pengsan. Sebab breakfast sikit kot pagi tuh. Cisss... ini takbleh jadi. Sepantas kuasa kuda aku mengepaw energy drink sape-sape yang ada masa tuh. Malangnya Amir sempat nampak tangan aku menggeletar masa minum air. Haihhh.... Sungguh tak cool...tak cooooool.....


Kayuh lagi kayuh lagi sampai kat kawasan bukit. Rilek jap. Sebelum tu ada rilek kat satu stop lagi. Timun dah baring kat situ sebab pancit tahap mega. Kan demam katenye. Nak muntah bagai siap. 


Ateng yang senantiasa bergaya. No further comment. Just no.

Kaki Lutut tak muntah dah. =p


Splendid view of Putrajaya from up there. Highway jela pun but dengan angin yang bertiup-tiup sepoi-sepoi bahasa sungguh menenangkan dan menyamankan melihat ciptaan indah Allah. Subhanallah... =) Seronok walaupun panas gila masing-masing merah-merah muka tahan penat ngan panas. Orang ride pagi-pagi kau nak ride tengahari buta kan. Rasa ler.




Dah turun balik. Malas dah nak off road. Kitorang on road je balik ke pangkal jalan sebab tak larat eh den ponek. Termasuk jua ada yang puasa 10 Muharram time tu. Timun dah demam2 cramp ler pulok. Takpe, Ateng teman dia dulu dan maka kami-kami yang sihat walafiat ni teruskan kayuhan kembali ke pangkal jalan tapi tahu-tahu je terpesong ke Pullman. Maynnn.... Jauh jugak dengan sakit ponggong ultra yang dialami disebabkan seat basikal keras nak mampus. Seminggu bontot sengal-sengal beb.




Selamba badak aku, Noi dengan Ummu bawak mountain bike milik PCP tu ronda-ronda kotaraya pegi Pullman. Entah legal ke illegal aku pun taktau. Gila best rasa bawak basikal kat tengah-tengah Putrajaya tu sebab kat sana kan cantik & roads dia pun macam organized sangat dan tak banyak kereta dan tak jamm dan sunyi sepi bila weekends especially tengah hari buta time kitorang riding tu. Rasa best. Ya. Best! Suke taw ai!


Keselamatan tidak dilupakan. Berhenti bila merah ye kawan-kawan. Tangan sapela ni tak sexy langsung.


Sampai kat Pullman sibuk duk cari mana tempat nak lalu basikal. Dan dengan selamba bomba jugaklah Fiona bawak turun dia punya MT guna escalator. Curlass kau Fiona. HAHAHA. Nasib tak kena hambat sorang-sorang sebab buat onar. Kami tak berjemaah turun guna escalator ok. Kami yang lain-lain cari pedoman yang betul la memandangkan skill Fiona terlalu high level untuk dijadikan tauladan. 


Dan berjumpalah dengan tempat melepak rendam kaki. Kaki aku dah separuh burn. Sebab pakai Crocs je tanpa stokin whatsoeva. Nasib la tangan ada gloves. Takde la itam sangat kulit ai yang mulus ni. Awww... Cuaca comey sangat. Awan berkepul-kepul. Burung bernyanyi riang. Angin sepoi-sepoi menampar pipi. Subhanallah...Ah...sungguh bahagia dan mendamaikan melihat kebesaran Allah. Hilang segala masalah dibawa panorama indah. Novelis abis ayat aku. =D . Rasa nak tido kat situ tapi panas. Nyehhh.








Baring merata-rata tidak lah menjadi kehairanan bagi skuad SMAT. Chill bro. Cuaca cun kot. Baring-baring skett....



Yang diorang ni sempat cuci basikal bagai. Sukahati kau je kan.


Yang aku pulak....


Lapar. 
Lapar. 

Lapar.


Woi jomla balik aku lapar. Cepatla wei aku lapar. Aku asyik mengulangkan-ulangkan perihal kelaparan akuuuuu je. Padahal minah dua orang tu puasa rilek je. Ehehehe...


Pastu baliklah kami.


Dah malas nak cerita.


Masing-masing muka terbakar haritu. Muka aku turut mengalami pengoyakkan kat bahagian hidung. Ergghh! 


Salah seorang mangsa.




Malam tu mencekik kat SS2. Apeketah nama kedainya. Nama-nama drinks dia comel-comel je. Cakap je nak apa. I love you. I kiss you. I hate you. I karate you. Ape ape you lagik la. Mintak je mintak. Nasik goreng aku pedas. Pastu tak dapat makan durian. Balik Manjalara aku bantai terbungkang dalam bilik pastu terbangun konon-konon nak balik tapi tersambung membungkang kat sofa lak depan tibi. Pastu terjaga menggelupur pukul 12 baru balik rumah dengan badan maha dahsyat lekit bau lembu lagi. Aku tak sampai hati nak mandi kat umah diorang. 



WOI TOLONG LA WOI CUCI BILIK AIR KORANG ITU ASWAD DAN ANUAR!!! PAT RATUS KALI AKU MASUK PAT RATUS KALI JUGAK LA AKU NAK TERGELINCIR TAHU TAK! ADAKAH KALI TERAKHIR AKU CUCIKAN TAHUN LEPAS TU MEMANG KALI TERAKHIR KE SAMPAI SEKARANG? 
OHEMJAYYYYY!! THIS IS NOT COOL DUDEEEEEEE.....
(purposely buat caps lock biar korang terasa aku tengah menjerit)



Kalau boring hujung-hujung minggu pegi la ride kat PCP. Best jugak. Kalau boring lagi bolehlah datang Avelon tower kat Manjalara rumah budak-budak ni tolong cucikan toilet. Eheh!


BAI.





.


Monday 12 November 2012

Gunung Bunga Buah Lagi? Bila Nak Abis?

Assalamualaikum awok awok weehhh..


2 hari aku kemcek (baca kecek/cakap) Kelate dengan gigihnya apabila melibatkan diri dengan kenduri kawin one of my bff Mariana. Barakallah darling! Pasal ni ai update nanti yeah! ^_^


Penat. Rabak. Letih. Mata panda. Dan sewaktu dengannya.*over macam aku lak pengantin* Settle bekwoh (kenduri) Mek Mariana kini gua kembali menyambung story gunung gua. Fuhh... Promis! Ini last entry berkaitan gunung yang annoying ini. Promis! Setelah aku dengan gigihnya menceritakan Part 1Part 2 dan Part 3 ini. Marilah kita kini secara berjemaah mengikuti part terakhir yang mana bakal mengisahkan anggota2 SMAT menurunkan diri dari gunung "bertuah" tak bertuah ini. Cekid cekid cekidauuutttt! *tangan buat ala2 deejay spinner tu*



Aku baru dapat few pictures from Kechik so aku pun nak masuk gak kat entry yang ini sebab aku kan boleh. Sebab kan aku punya belog. Sebab sukahati aku la nak letak pitcha bebanyak. Huh! *kibas2 rambut* 



Ini beliau-beliau yang sampai awal kat puncak. Cerah lagi. Aku rasa masa ni aku masih lagi kat tengah jalan bergossip dengan Aswad bahawasanya pokok-pokok kat sekitar kitorang masih lagi besar-besar so perjalanan masih jauh. Lemah sunggoh mendengornye masa itu. Kalaulah boleh jadi Flashman............



Sampai- sampai time tu hujan dah nak start. Hah. Nilah nilah DIVAnye. Entah mana datang idea beliau bawak sekali payung naik gunung. Haishhhhh. Kemain bergaya lagi Ateng masa tu dan mendapat tepukan gemuruh orang-orang sekeliling diiringi flash-flash kamera bagaikan sedang berjalan di red carpet adanya.

Plastik sampah menjadi perisai hujan? Ke poncho tu? Entoh. 


Makan beradab dibawah cahaya  lampu suluh. Kau ingat kendel lite dinner kau tu romantik sangat? Oh Tidakkkk...INI lebih romantik dari segalanya. Siap kongsi pinggan lagi you alls. *gambar macam cerah sebab flash. Hakikatnya diorang makan hanya bersuluhkan lampu yang Key pegang tu dan api arang kat sebelah tu sahaja. Sadis.


Dah kenyang suma apelagi amik port arr...

Aik? dah pagi?? Muka gila selenge. 




Gaya. Mutu. Tak Unggul Langsung.


Kemas mengemas. Gulung menggulung. Sumbat menyumbat. Lipat melipat session.
Jom balikka jom balikka.




 Aku tengok 2 gambar kat atas ni macam lucu. Memula Key dengan muka konpius. Pastu Kechik pulak buat muka konpius. What happeng? Aku pun taktau daaa.. Kau tak nampak aku bizi packing barang aku kat belakang tu.

By this time hujan pun dah start turun. Masing-masing dah laju-laju kemas. Mujur cuaca time breakfast tu agak berkerjasama. Gerimis-gerimis diundang jela tapi still cantik. But the bila start packing je hujan mula menjatuhi bumi dengan lajunye *BM apekah ini*




 Celcom dan DiGi berkerjasama. Comel je tau. Macam Wonderpet la korang. Alololololololololo! Annyonyonyonyooo!!!


Entah kenapa aku tetiba rasa mamat ni macam penuh drama. Hahaha. Color baju hujan terlalu dramatik dengan sunglass bagai. *Signal DiGi time ni full coverage sebab ada beliau* 







 Lenjun masing-masing yang takde poncho. Payung aku dah sebat awal-awal. Bohohohoho!


 Kadang-kadang aku terinspirasi dengan style makcik pegi menoreh. Style kan? Pasni boleh la korang buat aku jadi fesyen ikon untuk style-style yang boleh digayakan bila panjat gunung. Selain nampak bergaya, anda juga akan menampilkan sisi-sisi confident diri anda secara tidak langsung terselamat dari serangan family pacat yang super duper active dikala hari lembap sebegini. Aku promote gaya-gaya yang meyakinkan je dan  of course aku dah try semua sebelum bagitahu you alls. Fuh...agak-agak kalau aku buat marketing butik boleh buat duit tak?


Lepas siap kemas-kemas. Pak Jib keluarkan arahan "Barangsiapa yang sudah menyiapkan pengemasan beg-beg kau orang, maka silalah bergerakkan diri anda ke beirut untuk sesi melayan pemandangan disamping berteduh sementara menunggu abang-abang katang yang lain settlekan saki baki pengemasan. Pasni amik gambo family." Aku la manusia yang paling laju membawa diri ke beirut sebab dah lenjun. Tengskbaisorry you alls kata aku kepada Aswad ketika itu. *Sorry la memang habit aku la buat karangan over lalu Najib akan berkata di dalam hati tatkala membaca bahagian ini "Bilamasa pulak aku cakap camni eh?" *







♫♪♫ I lebiu. U lebme. We are happy famili. ^_^ ♫♪♫

Macam tak cukup korum. Lagi 3 orang aku taktau mana pigi. Settle snap few pictures sebelum turun. Kumpul semula kat campsite tadi for briefing sebelum bergerak. Juga untuk bagitahu siapa kepala siapa ekornya. Juga untuk membagitahu tolong jangan berpecah terlalu jauh antara satu sama lain supaya yang kat belakang tak demoralized sebab kena tinggal. Juga untuk membagitahu kat mana nak meet semula for break dan makan. Tapi kau tahu apa jadi? Hah. Kejap lagi aku BAGITAHU. Tak puas hati sungguh beta dengan ketidak semangat pasukan yang berlaku di akhir-akhir ini setelah segala pancaroba dilalui bersama. *drama lagi kannn*


Masa briefing Najib duk pegang botol air kordial. Aku ibarat musafir di padang pasir lama tak jumpa air duk perati je air tu cepat lah cepat lah aku dahaga gila nihhhhh!!! Padahal baru nak start jalan. Semua orang pun dalam bulatan dan pass pass air manis tu untuk energy turun la kot. Taktahu la aku simptom apa bila dalam keadaan macam ni. Drinks2 or makanan2 yang kau pandang sebelah mata dengan bongkaknya sebelum ini sangat lah tasty dan delicious dan walllllahhhh rasanya. Huh! Gagal dikenalpasti wabak apakah ini.


Jalan turun aku rasa lagi neraka dari naik. Sepanjang perjalanan hujan. Trek yang kau naik sebelum ni mencanak-canak makanya akan menjadi menjunam-junam bila turun lah kan. TERBAEKKK. Ibarat air terjun mini semuanya. Sangat best. Ya....sangat best! Dengan keadaan kaki yang hakikatnya separa handicapped. Kau tahu kan camna rasa turun tangga tatkala otot betis dan paha kau tegang. Sangat "indah" perasaannya ibarat cinta pandang pertama.*nangis* Masa ni la seriously aku rasa nikmat kesihatan tubuh yang Allah bagi tu sangat sangat sangat sangat sangat berharga. Jaga la elok-elok. 




             

We stopped at Kebun Batu again on the way down. Pak wad dah sakit sendi tulang.


     

Nak tahu lebih lanjut mengenai "Ah So Penoreh Style" jangan memalu pm aku kat pesbuk! =p






Hujan. Sejuk. Otot tegang. Trek menjunam. Adalah kombinasi kesadisan mega. Aku macam sepatutnya tak boleh take 5 langsung sebab definitely kesakitan otot yang aku rasa bertambah sebab badan sejuk. Bila teruskan perjalanan badan panas so it feels better. Letih dolllllll. Beg berat pulak tu. Kena tinggal jauh pulak tu. Hah ni la yang aku marah ni. Orang kat depan tak ikut plan. Tak tunggu kat point-point yang dibagi tahu. Berjalan dengan kelajuan cahaya. Makan dengan kelajuan roket. Hanya meninggalkan sekeping (kot) burger untuk orang belakang. *aku lapor nasib baik ada roti ngan sotong. Sedap gila!* Aku sahajakah yang demoralized apabila mereka bergerak dengan kelajuan ini. Wuwuwuwu! Walaubagaimanapun, aku tersenyum girang apabila Pak Wad tukar bagi aku bawak beg super ringan tatkala melihat aku menyeka air mata kesedihan dan stress. Beliau ini memang baik. Kalau beliau belum kahwin nescaya aku kahwin kan dengan kakak aku. *Aku bodek ni nanti belanja aku*


Seterusnya antara gambar-gambar peserta-peserta yang mendahului perlumbaan. Yela perlumbaan la korang bapak segala laju tak sompek den nak ngejor.


Ampoi-ampoi kemain mesra lagi gosok-gosok main air paip dalam hujan ye....

Tema penurunan gunung hari itu ialah lenjun.


Yang dua alien ni dari atas sampai bawah muka rilek. Makan apa aku memang taktau. Aku ingat nak hantar diorang kat NASA untuk ujikaji benarkah mereka ini makhluk bumi.



Ni tak silap aku mangsa tergelincir slope terakhir kot. Tu yang bontot Ummu kaler oren tu. Wahahaha!


Lepas last stop tempat makan sambal sotong petai aku ngan Yunus berjalan mengekor belakang Ummu ngan Anuar. Alien dua ni pun laju jugak. Sampai kat jalan dah tak menjunam-junam baru terjumpa diorang kot. Sepanjang jalan aku asyik memaki-maki didalam hati je bila lah nak sampai ni. Kalau Yunus Laa tu boleh dengar aku rasa dah pekak dan rosak akhlak budak tu. Hahahaha!  Ingat lagi time Boy tetiba lintas kitorang tah datang dari mana mamat alien minum petrol satu lagi ni. Dia buat trek tu macam tempat main teng-teng pulak kau tau teng-teng? Mintak laluan pastu toing toing toing dia lompat lompat dan hilang dari pandangan. Apekah ini? Siapakah kau sebenarnya????? Aku ngan Yunus terkesiama 5 saat lepas tu sambung jalan. Stress!


Time ni nak perang dengan pacat pun dah takde mood. Tapi meremang jugak bulu roma bila nampak pacat-pacat yang standby nak paut kat badan je tu. Siap ada yang tah bila masa lekat kat bag tapi tak sempat kena kat kulit aku la. Bapak pulak tu!!! Demm yu pacat demm yuuuu!!!!  I hate yuuuuu!!! Melekat kat kasut tak yah cerita la tapi memandangkan perisai aku amat berkesan kali ni. Tiada antara cik cat cik cat yang lepas ke kaki aku. Buahahahahha!!! Puas!


Bila aku nampak slope terakhir untuk sampai semula kat farm tu aku dah menjerit-jerit. Budak2 kat bawah ingat aku jatuh padahal aku eksaited gila macam nak terbang bila nampak bumbung farm yang menandakan very soon aku akan balik ke bumi yang nyata. Wuarghhhhh!!! Cerun tu memang cam harom tapi dengan skill yang hebat dan jitu aku ngan Yunus melepasinya tanpa kena wabak bontot oren macam Ummu. Harharhar! Tapi kalau gelongsor masa tu lagi best kot. Sampai-sampai bawah diorang tengah mandi.


Lega gila babas bila dah sampai bawah. Tak terluah heavennya rasa masa tu. Erghhhhh!!



Kechik siap dah tukar baju kering walhal aku masih gila lenjun. Nak tukar memang tak ar dah beg aku dengan group Pak Wad ketua pengakap. Aku bawak beg dia entah hape benda kat dalam. Kuaja Kechik kau cakap aku Ah So ye. Ni Ah So paling cun hokeyyyy! Kasut aku jadi putih kesnya meredah air semata-mata on the way turun. Socks pulak yang jadi kelabu.


Diorang pun sikit-sikit blah heading to Mamak lepas dah bersih. Paling bangang aku takleh lupa pasal anjing. Aku ni gila takut anjing. Masa Ummu ngan Anuar nak blah kemain handal lagi aku cakap "Ala...lalu je diorang tak kacau." kat Ummu bila dia takut anjing bapak la banyak kat situ siap bawak geng lagi macam nak gi pukul orang. 


Sekali sampai masa aku dengan Yunus nak pass by lak anjing2 tu main intai-intai. Aku penakut. Mamat bertuah ni pun penakut jugak rupanya. Dah tu kitorang intai, anjing tu pun intai gak ramai-ramai. Cuak la aku dowh! Intai mengintai berlaku dalam beberapa minit sampai aku tak tahan kecuakkan kitorang pegi balik tunggu last group kat entrance. Dah la ada bunyi bunyian pelik2. Pastu terketar-ketar pulak sejuk. Hampeh sungguh rasa ketika itu apabila dah sampai kebawah tapi tak mampu rilek-rilek kat mamak sambil minum teh sechawan. 


The bangang part is when we finally realize yang anjing tu sebenarnya tunggu kitorang blah sebab kitorang macam menghalang laluan diorang pulang ke pangkal jalan. Erti kata lainnya anjing tu takut nak pass by situ sebab aku ngan Yunus ada. Bongok gila aku takut kat kau kau pulak takut kat aku kan hanjeng?? Apesal tak cakap je nak lalu????? WHYY!!?? WHYY YOU DO THIS TO ME!!!??? Dafuq sangat masa tu. Sampai-sampai kat mamak order mee goreng ngan teh tarik pastu selamba badaknya gi mandi ngan tuka baju kat toilet mamak tu yang bau baekkk punya tikus. Key cakap siap melintas-lintas nasib tak lintas time aku. 


Muka-muka rakus jumpa makanan. Macam baru keluar gua dan jumpa tamadun baru dimana makanan sangat different dari dunia sebelumnya.

Entah borak apa masa ni. Kemain luas lagi nganga si Ummu.

Wajah -wajah kembali "kering"


Well that's it. I'm done with this. But this is best bro. Aku dah lama gila tak buat aktiviti macam ni. Walaupun hardcore. Merasa gila bangang bongok dan segalanya tapi jujur kukatakan padamu trip kali ni memang best dan korang semua sangat cool!! Masa ni la rasa harus ada teamwork sebenar. Susah senang sama-sama yang sebenar. Key cramp Juna teman. Juna hilang Najib ngan Pak Wad lak teman. Ngehehe! Nak kenal perangai huduh, perangai cantek, perangai DIVA, perangai pelik memasing. Siapa kuat kentut siapa kuat dengkor siapa kuat interframe dalam gambar (yang ni macam semua perangai Lubis sorang je). Siapa juga yang ada simpan banyak cekelat dalam beg. Kannnnn? Ape lagi aku takleh nak pikir dah. Memory full. Hahaha! Honestly entry last ni aku dah tak berapa rajin walaupun berlambak lagi sebenarnya menda sengal dalam kotak memori aku. =p



Thumbs Up SMAT!! You guys rocks! Steady abis. Aku bangga berpeluang ada kawan-kawan macam-macam kerenah macam korang. Walaupun terkadang terasa annoying. But still it was sweet to remember. You guys buat lagi ajak la aku lagi ye. Boleh aku buat entry banyok-banyok lagi. Muehehe.... 



By the way, aku drama je bila aku cakap lagu melayu semua tak relevan tu. Lagu Ombak Rindu pun aku layan gak sebenarnya. Ohohhh! Dan ya...ini entry terakhir mengenai Gunung Bunga Buah. 2 hari 1 malam yang penuh kesengalan. Aku dah penat. Thanks for reading. Bai!




.


Funny Quotes, Funny Quotes, Funny Sayings